7
Ciri-Ciri Wanita Yang Cantik
1)MELUKIS
KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu
akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah
yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan
yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian
Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak
kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya
kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang
sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang
selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.
Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
.
.
3)
TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia
tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia
mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia
yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa
menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap
bantuan Allah tidak pernah surut.
.
.
4)
TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu
sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari
manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah
halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi
lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.
Ketabahan yang ada
dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada
manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
.
.
5)
MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk
kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila
melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah
kehidupan itu.
Namun bagi seorang
wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah
melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang
memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.
.
.
6)
MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap
suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana
mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana bagi wanita
yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang
dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia
kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita
yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang
isteri dan ibu yang solehah.
.
.
7)
BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
Dia hanya berharap
kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus
berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik
tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan
orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari
setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
Sumber : http://penpatah.blogspot.com/2012/06/7-ciri-ciri-wanita-yang-cantik.html
Sumber : http://penpatah.blogspot.com/2012/06/7-ciri-ciri-wanita-yang-cantik.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar